Terdapat banyak isu panas mengenai hal vaksin sejak kebelakangan ini. Ia menjadi tugas pihak UNICEF supaya isu vaksin ini dejelaskan dengan betul supaya perlindungan yang sewajarnya diberikan khususnya kepada golongan kanak-kanak untuk mereka terus hidup sihat!

1Kan Vaksin toksik.

TIDAK! Vaksin sebenarnya amat selamat, dan telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa. Jika vaksin mengandungi dos bahan kimia yang berbahaya, pertubuhan kesihatan awam tidak akan menyokong penggunaannya, doktor tidak akan memberi kelulusan untuk ia terus dikeluarkan dan mana-mana syarikat perubatan tidak akan terus menjualnya.

2Vaksin tu bukan lah bahan semula jadi.

ADUHAI! Ada yang fikir kerana vaksin tidak tumbuh dari pokok, ianya tidak baik. Salah!
Anda tahu apa lagi yang semula jadi? Cacar, polio dan wabak berkaitan dgn penyakit taun.

3Ibu bapa lah yang tahu apa terbaik untuk anak mereka.

YA memang betul! Oleh sebab itu ibu bapa perlulah tahu yang vaksin penting bagi menyelamatkan nyawa anak mereka,

4Penyokong penggunaan vaksin sememangnya pro syarikat farmaseutikal.

TERLALU LUCU! Tidak ada bukti untuk anggapan yang salah ini lah! Mitos ni hanyalah satu taktik cilik untuk mengelirukan anda. Lagi-lagi, bukankah syarikat farmaseutikal akan mengaut keuntungan berlipat ganda dengan melayan orang sakit daripada mencegah penyakit? (Hahaha!)

5Vaksin mengakibatkan autisme.

Sejuta kali TIDAK! Ratusan-ribuan kajian  telah dikendalikan – termasuk satu ulasan sejawat keatas 12,000 orang secara saintifik telah membuktikan tuntutan ini sama sekali palsu.

Hakikatnya, kita semua hidup dalam masyarakat dunia yang bergelumang dengan wabak dan penyakit berbahaya. Bila anak kita tidak disuntik, mereka akan lebih berisiko mengidap penyakit-penyakit yang kemungkinan berbahaya.

Semua kanak-kanak, walau di mana mereka berada tidak kira dalam apa keadaan sekalipun mempunyai hak untuk mencapai potensi penuh mereka. Mereka perlu perlindungan vaksin supaya peluang untuk satu masa depan yang sihat amat cerah.

Ingat – imunisasi itu penting dan hanya berfungsi jika ia diberikan sebelum seseorang itu diserang penyakit. #VaccinesWork!

 

Diadaptasi daripada artikel UNICEF di Buzzfeed – “10 Outrageous Things You May Have Heard About Vaccines