#DidYouKnow

Apa yang anda perlu tahu mengenai virus Zika?

Dapatkan fakta untuk melindungi diri anda!

Virus Zika kini sedang berleluasa. 70 buah negara dan kawasan telah melaporkan kes-kes Zika. Singapura baru-baru mengesahkan 56 kes jangkitan virus Zika dan menjangkakan lebih banyak kes akan dilaporkan. Bayi yang belum lahir terutamanya berisiko tinggi dalam mengalami kesan bahaya jika virus ini menyerang.

Tau tak tiada vaksin untuk penyakit ini. Ketahuilah yang berikut.

Bagaimanakah virus Zika merebak?

Seseorang itu boleh dijangkiti dengan virus ini apabila mereka digigit oleh nyamuk Aedes yang membawa kuman tersebut. Nyamuk Culex juga boleh membawa virus Zika.
Zika-1a

Apakah simptomnya?

Bukan semua orang yang dijangkiti dengan virus Zika akan menunjukkan simptom. Simptomnya sama seperti serangan jangkitan denggi.
Zika-2a

Adakah ia membawa apa-apa komplikasi?

Virus Zika memberi kesan mikrosefali di mana seorang bayi dilahirkan dengan kepala yang kecil atau pembesaran kepalanya terhenti selepas kelahiran. Ia juga dikaitkan kepada sindrom Guillain-Barré, satu gangguan neurologi yang boleh menjurus kepada kelumpuhan.
Zika-3a

Bagaimanakah saya boleh melindungi diri saya?

Langkah mudah boleh mengurangkan risiko digigit nyamuk membawa virus ini dan demam Denggi.
Zika-4a

Tiada nyamuk, tiada Zika, tiada Denggi!

Menghapuskan tempat di mana nyamuk boleh membiak dan meletakkan skrin di tingkap dan pintu boleh membantu mengekalkan persekitaran yang selamat.

Zika-5a2

Apakah perawatannya?

Tiada vaksin atau rawatan terperinci yang boleh diberikan untuk penyakit ini. Wanita hamil, bayi, kanak-kanak serta orang tua hendaklah meminta nasihat pakar perubatan dengan segera.
Zika-6a

0 0 vote
Article Rating
Tags
Show More

Bunny Wira

champion for children, hero in disguise. I love kangkung!
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] a fan of them not just cos I geli. But these nyamuk srly also carry a lot of diseases – malaria, zika, and dengue to name a few. And baru tahun lepas we had 130,000 cases of dengue in Malaysia. So you […]

Related Articles

Back to top button
Close