Dunia kita lebih berhubung-kait sekarang berbanding sebelum ini. Namun kebijaksanaan yang mencukupi masih diperlukan untuk mengelakkan salah faham budaya dan konflik supaya kita semua dapat hidup dalam harmoni.

Merapatkan jurang antara budaya adalah penting dan perlu untuk keamanan, kestabilan dan pembangunan.

Berikut adalah sepuluh perkara yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan budaya keamanan dan persefahaman  … dan masa sama menyambut Hari Dunia untuk Kepelbagaian Budaya Dialog dan Pembangunan pada 21 Mei!

  1. Mulakan dengan kesedaran diri sendiri. Apakah kepercayaan dan berat sebelah anda.
  2. Baca buku mengenai budaya lain
  3. Masak satu hidangan antarabangsa dan jemput BFF anda untuk makan malam.
  4. Dengar muzik tradisi dari budaya yang berbeza
  5. Lawati pameran seni atau muzium khusus untuk budaya lain
  6. Adakan malam filem antarabangsa dan padankan pakaian anda dengan budaya tersebut.
  7. Main sukan dari budaya yang berbeza (Caliche, Galah Asin, Kabaddi, dan lain-lain)
  8. Tonton video mengenai perayaan tradisional daripada budaya lain
  9. Elakkan semua stereotaip sama ada “negatif” atau “yang positif.”
  10. Jemput orang dari budaya yang berbeza untuk berkongsi adat anda

Ingat: Keamanan tu adalah lebih daripada ketiadaan perang. Ia adalah mengenai hidup bersama secara aman dengan perbezaan kita – jantina, bangsa, bahasa, agama dan budaya – sementara melanjutkan kehormatan sejagat terhadap keadilan dan hak asasi manusia di mana kewujudan bersama itu bergantung.

Jangan sekali-kali mengambil mudah kedamaian yang sedia ada. Keamanan adalah pilihan yang mesti kita buat pada setiap keadaan, keputusan kehidupan sehari-hari untuk melibatkan diri dalam dialog yang ikhlas dengan individu dan masyarakat yang lain, sama ada mereka tinggal satu blok atau satu klik sahaja.

#Peace for all.