Dunia kita kaya dengan berbagai budaya, adat dan tradisi. Bukankah kepelbagaian ini yang menjadikan planet kita begitu indah?

Golongan mudalah yang memelihara
tradisi lama dengan menerima kewajaran
budaya daripada generasi sebelumnya lalu
diturunkan ke generasi berikutnya.

Amalan budaya dan mercu tanda kebanyakannya mempunyai kaitan dengan tempat atau orang tertentu dan memiliki sejarah yang tersendiri. Sesetengah adat budaya hanya diamalkan oleh sekumpulan kecil manusia. Oleh itu, ia berisiko untuk mudah dilupakan dan pupus – contohnya adat beberapa kaum pribumi. Ada juga adat budaya yang melampaui tempat asalnya dan menjadi popular di seluruh dunia – perkembangan ini diperkukuhkan pula dengan peningkatan akses Internet di seluruh dunia.

Tidak kira muzik, perfileman, seni, tarian, makanan mahupun bahasa, perkembangan dalam bidang ini biasanya dipelopori oleh golongan muda. Pada masa yang sama, golongan mudalah yang memelihara tradisi lama dengan menerima kewajaran budaya daripada generasi sebelumnya lalu diturunkan ke generasi berikutnya.

Dunia yang semakin global dan saling terhubung membolehkan kita merasai dan menikmati keindahan kepelbagaian budaya yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Pada masa yang sama, budaya ini ada kalanya bertembung – adat budaya baru dan tidak diketahui boleh menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk asal dan mewujudkan kebimbangan.

Sebagai golongan muda yang berfikiran universal dan terbuka, adalah tugas kita untuk menjadi penghubung dalam perbicaraan di antara berbagai budaya dan meleraikan ketakutan dengan meningkatkan kesedaran tentang kebaikan kepelbagaian budaya!

Kongsi pendapat anda.