Ingin kah anda menyertai usaha yang menyeronokkan untuk menarik perhatian terhadap perubahan iklim? Sekiranya ia, ayuh sertai kempen foto UNICEF #ClimateChain di Instagram.

Kami sedang membina satu gabungan maya yang berkesan untuk berkerjasama memberikan sokongan global terhadap kanak-kanak yang terkesan daripada perubahan iklim melalui Instagram. Kempen ini akan bermula pada 22 Mac bersempena Hari Air Sedunia sehingga penandatanganan Perjanjian Paris pada 22 April.

ClimateChain

Mengapa?:

  • Lebih 500 juta kanak-kanak  tinggal di zon yang amat kerap dilanda banjir
  • Hampir 160 juta kanak-kanak tinggal di zon di mana musim kering yang keterlaluan kerap berlaku

Mungkin tiada ancaman yang lebih menakutkan daripada perubahan iklim yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia. Ini termasuklah banjir, ribut taufan dan musim kering yang melampau. Kehidupan jutaan kanak-kanak amat berisiko apabila sumber air bersih musnah atau tercemar. Tanpa air yang bersih, kanak-kanak mudah terdedah kepada risiko penyakit seperti cirit-birit; yang telah membunuh lebih dari 800 kanak-kanak di bawah 5 tahun setiap hari.

Cara menyertai #ClimateChain:

Climatechain-photoexample 1. Fikirkan tempat-tempat di luar yang anda ingin selamatkan. Mungkin taman kesukaan anda? Belakang rumah? Sungai atau laut? Apa yang anda takut akan kehilangan disebabkan perubahan iklim ini?

2. Ambil foto anda sedang meregangkan kedua-dua lengan di tempat itu, seolah-olah anda sedang membuat rangkaian manusia. Angkat kedua tangan hingga sehingga ia menyentuh pertengahan hujung kanan dan kiri. Ini akan menghasilkan rantaian maya manusia. (Rujuk gambar sebelah).

3. Mulai 20 Mac, muatkan foto anda ke Instgram dengan kapsyen berikut dan tagkan ke @unicefmalaysia:

Hari ini saya adalah sebahagian daripada @UNICEF #ClimateChain untuk memberikan sokongan global terhadap kanak-kanak yang terkesan daripada perubahan iklim. #unicefmy

Tiada akaun Instagram?
Jangan bimbang. Anda masih boleh menjadi sebahagian daripada #ClimateChain dengan menghantar foto dengan kedua-dua lengan diregangkan; dan kami akan kongsikan foto anda di akaun Instagram UNICEF Malaysia. Sila nyatakan nama, umur, dan negeri di mana anda tinggal. Contoh:  Mary Chang, 18, Sabah
Email foto anda ke: webkl@unicef.org sebelum 20 Mac 2016.

Inilah julung-julung kalinya program seperti ini diadakan menggunakan Instagram. Cari #ClimateChain di Instagram untuk melihat foto-foto berkaitan perpaduan yang berkesan.

Jagi apa yang anda tunggu lagi?! Jom bersama-sama #ClimateChain!