Membuli adalah perkara yang serius. Membuli tidak sepatutnya dipandang ringan dengan anggapan setiap kanak-kanak akan mengalami pengalaman pahit ini. Buli boleh menjejaskan perasaan kanak-kanak untuk merasa dihargai and hubungan dengan masa hadapan mereka. Dalam beberapa kes yang berat, membuli telah menyebabkan kecederaan, percubaan bunuh diri dan kematian.

Buli boleh berlaku di mana sahaja.
Buli boleh berlaku pada sesiapa sahaja, dimana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Ia boleh berlaku di rumah, sekolah, kolej dan juga di taman permainan.

Buli adalah perbuatan yang kejam dan buruk.
Buli adalah perbuatan jahat bertujuan untuk menakut-nakutkan, atau mencederakan fizikal, emosi dan/atau mental seseorang. Ia sering berlaku di sekolah diwaktu tiada pengawasan.

  • Buli secara langsung: serangan secara lisan, menolak, menyerang, memeras ugut, memusnahkan harta benda.
  • Buli secara tidak langsung: memulaukan dan menjauhkan diri, menyebarkan khabar angin, jenaka berniat dendam dan dengki.
  • Buli secara siber: melalui sms, e-mel dan media sosial untuk mengancam, memalukan dan mengaibkan.

Kata-kata juga boleh menyakiti!
Membuli secara fizikal seperti menendang atau menumbuk akan menyakitkan mangsa pada bahagian luaran, namun apabila pembuli mempersenda atau mengejek nama mereka, ianya menyakitkan pada bahagian dalaman.

Mengejek sememangnya teruk!
Mengejek dan mempersendakan nama adalah cara membuli yang paling lazim dikalangan kanak-kanak. Membuli secara ini tidak meninggalkan sebarang kesan cakaran atau lebam, dan selalunya tidak dapat dikesan oleh ibubapa atau guru.

Kesemua pembulian adalah menyakitkan.
Membuli termasuk memberi nama panggilan; menyebarkan khabar angin dan memberi komen secara seksual yang tidak sesuai yang boleh berlaku secara berdepan atau atas talian. Memeras ugut untuk mendapatkan wang, menendang, menumbuk pula ialah cara membuli dalam bentuk terus. Tiada sesiapa pun yang suka dibelasah kerana sesuatu perbezaan, atau dipaksa untuk menyerahkan wang saku, atau digelar gemuk setiap hari.

Kanak-kanak membuli atas sebab-sebab berbeza.
Pembuli lazimnya membuli orang lain untuk membuatkan mereka berasa penting, terkenal atau mempunyai kuasa. Mereka sering memilih yang kelihatan lemah dari segi emosi dan fizikal sebagai mangsa, atau dengan hanya kerana mangsa buli kelihatan atau berkelakuan berbeza dalam beberapa aspek.

Ingat, tiada sesiapa pun suka buli!

Sekiranya anda mengenali sesiapa yang dijadikan sebagai mangsa buli, maka bertindaklah dan adukan pada orang dewasa yang boleh dipercayai. Anda juga boleh menghubungi 15999 Talian Kanak –Kanak untuk melaporkan kes-kes buli.