Virus Zika kini sedang berleluasa. 70 buah negara dan kawasan telah melaporkan kes-kes Zika. Singapura baru-baru mengesahkan 56 kes jangkitan virus Zika dan menjangkakan lebih banyak kes akan dilaporkan. Bayi yang belum lahir terutamanya berisiko tinggi dalam mengalami kesan bahaya jika virus ini menyerang. Tiada vaksin untuk penyakit ini. Ketahuilah yang berikut.

Bagaimanakah virus Zika merebak?
Seseorang itu boleh dijangkiti dengan virus Zika apabila mereka digigit oleh nyamuk Aedes yang membawa kuman tersebut. Nyamuk Culex juga boleh membawa virus Zika.
Zika-1a

Apakah simptomnya?
Bukan semua orang yang dijangkiti dengan virus Zika akan menunjukkan simptom. Simptomnya sama seperti serangan jangkitan denggi.
Zika-2a

Adakah ia membawa apa-apa komplikasi?
Virus Zika memberi kesan mikrosefali di mana seorang bayi dilahirkan dengan kepala yang kecil atau pembesaran kepalanya terhenti selepas kelahiran. Ia juga dikaitkan kepada sindrom Guillain-Barré, satu gangguan neurologi yang boleh menjurus kepada kelumpuhan.
Zika-3a

Bagaimanakah saya boleh melindungi diri saya?
Langkah mudah boleh mengurangkan risiko digigit nyamuk membawa virus Zika dan demam Denggi.
Zika-4a

Tiada nyamuk, tiada Zika, tiada Denggi!
Menghapuskan tempat di mana nyamuk boleh membiak dan meletakkan skrin di tingkap dan pintu boleh membantu mengekalkan persekitaran yang selamat.
Zika-5a2

Merawat virus Zika?
Tiada vaksin atau rawatan terperinci yang boleh diberikan untuk penyakit ini. Wanita hamil, bayi, kanak-kanak serta orang tua hendaklah meminta nasihat pakar perubatan dengan segera.
Zika-6a