Wahai remaja — nak join sebuah projek antarabangsa yang cool dan menarik?

RErightsRewrite Your Rights – menjemput remaja berumur 12-17 tahun diseluruh dunia bekerjasama dengan sekumpulan penyelidik antarabangsa* dari Australia, USA dan UNICEF membuat kajian tentang pengalaman mereka menggunakan teknologi digital (komputer, ipod, radio, media sosial dsb.); dan juga pendapat mereka bagaimana ‘era digital’ ini mempengaruhi hak asasi kanak-kanak dan remaja.

Internet berusia 26 tahun!RErightsInternet
Tahukah anda Internet ujud 26 tahun, sebaya dengan Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu! Lebih tua dari satu per tiga rakyat Malaysia.

Dunia berubah begitu pantas sejak 1989. Teknologi digital memberikan kita satu ruang baru untuk berkomunikasi dan turut serta di dalam masyarakat. Ia membolehkan kita mengubah cara hidup; memperkasakan diri untuk mencapai maruah, hak-hak asasi dan potensi sebagai manusia. Tetapi, disebalik kebaikannya, Internet juga boleh memberi kesan-kesan ‘offline’ yang negatif seperti buli, gangguan peribadi, gangguan seks, terdedah kepada pornografi dan bahan-bahan yang mendatangkan keburukan yang lain.

Bagaimana RErights berfungsi?RErightsgoals
Maklumat yang anda beri akan diguna untuk memahami kesan teknologi digital terhadap hak asasi manusia. Kami juga komited untuk kongsikan idea anda dengan masyarakat antarabangsa, termasuk kumpulan-kumpulan berpengaruh untuk bicara mengenai dasar, dan undang-undang untuk melindungi hak asasi kanak-kanak. Untuk mencapai tujuan ini, kami akan menggunakan pandangan anda untuk membuat infografik, filem pendek dan juga laporan.

Bagaimana RErights dijalankan?RErightsbaout
Kajian RErights ini akan dijalankan melalui beberapa siri “Operasi” dan “Misi” yang menarik. Setiap operasi akan dijalankan dengan melaksanakan beberapa misi pendek yang memfokuskan kepada topik-topik yang berbeza berkaitan hak asasi kanak-kanak. Sebagai contoh; Misi 2 di dalam Operasi 2 bertajuk DigiRights – menjemput para peserta untuk menyatakan hak yang manakah yang perlu diutamakan di era digital ini, dan mengapa.

Anugerah lencana virtual!RErightsMedal
Kajian RErights juga menyeronokkan! Anda akan dianugerahkan lencana Perkhidmatan Maya untuk setiap misi yang anda selesaikan. Ada juga lencana Khidmat Masyarakat – dianugerahkan kepada anda yang membantu menjadikan RErights tempat yang lebih baik untuk semua. Ini termasuk: lencana Kesenian untuk mereka yang menghantar karya yang cantik, kreatif dan penuh minat, lencana ‘Movie Magic’ untuk video yang menarik, dan lencana Visi untuk hasil kerja yang inventif, berdaya usaha dan inovatif.

Tunggu apa lagi?!RErightsTimeline
Sekiranya anda berumur 12-17 tahun, anda layak menyertai ‘global youth research’ yang menarik ini bersama-sama remaja lain dari seluruh dunia. Pastikan anda mendapat kebenaran dari ibubapa! Hantarkan hasil kerja anda sebelum Disember 2016; di mana kajian ini akan tamat. Anda boleh hantarkan hasil kerja samada dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin atau Tamil. Pastikan anda klik ruang yang betul semasa sign-up!

Sign-up di https://rerights.org/signup/ sekarang!

Selamat Datang Agen Perubahan!

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

*Inisiatif global RErights diketuai oleh Young and Well Cooperative Research Centre dan Western Sydney University, bersama-sama Digitally Connected – satu program di bawah Voices of Youth UNICEF dan Berkman Centre for Internet and Society, Harvard University.

Pada tahun 2014, kumpulan ini telah melengkapkan laporan tentang Hak Asasi Kanak-kanak di Era Digital yang telah di bentangkan kepada Jawatankuasa Hak Asasi Kanak-kanak di Geneva sempena Ulangtahun ke-25 Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak.