Adakah anda kenal mana-mana anak-anak muda yang menggunakan media digital untuk meningkatkan hak mereka dan hak-hak kanak-kanak dan masyarakat? Jika ya .. kami ingin mendengar daripada anda!

Golongan muda di seluruh dunia melakukan perkara-perkara yang menarik dengan teknologi digital. RErights mahu mempamerkan wira-wira teknologi yang berpotensi ini untuk mempengaruhi perubahan yang positif dan meningkatkan hak kanak-kanak.

Pada 2014, penyelidik RErights telah memaparkan beberapa remaja wira teknologi dari seluruh dunia dengan laporan mereka “Child Rights in a Digital Age“.

Shruti Rai dari India menggunakan alat penceritaan digital untuk mengetengahkan isu-isu yang penting seperti perkahwinan kanak-kanak (child marriage), dan mengajar anak muda yang lain untuk membuat perkara yang sama. Baru-baru ini, beliau telah memulakan projek literasi digital global yang dinamakan Four Birds and One Million Stories (Empat Ekor Burung dan Satu Juta Cerita) yang telah diakses ribuan anak muda daripada seluruh dunia.

Kartik Sawhney, iuga dari India, seorang pelajar yang buta, membangunkan sebuah perisian audio pembacaan graf sendiri supaya beliau  boleh melanjutkan pengajiannya dalam bidang sains dalam tahun 11 dan 12. Kemahiran beliau dalam pengaturacaraan komputer membenarkan beliau untuk mengakses haknya dalam pelajaran dan menekankan cabaran yang dihadapi kanak-kanak cacat penglihatan di negara-negara membangun. Beliau kini menuntut di Universiti Stanford di USA dalam bidang Sains Komputer.

Di Brazil, Rene Silva telah memulakan komuniti akhbar pada usia 11 tahun di kawasan kejiranan beliau di Rio de Janeiro. Akhbar beliau menekankan isu-isu sosial, seperti pengedaran dadah dan penjagaan kesihatan, yang memberi impak kepada masyarakat setempat. Baru baru ini, beliau mencipta Rangkaian Suara Komuniti yang membawa bersama-sama 17 anak-anak muda dari negeri-negeri yang berlainan di Brazil untuk bersuara kepada komuniti mereka. Beliau percaya sambungan digital adalah penting bagi anak-anak muda untuk menuntut hak-hak mereka.

Tahun ini, RErights sedang mencari wira teknologi yang lebih berinspirasi! Jika anda tahu mana-mana anak muda, atau kumpulan anak-anak muda, di bawah umur 18 tahun yang menggunakan teknologi untuk membawa perubahan kepada kehidupan mereka dan kehidupan orang lain, sila buat pencalonan di sini.

Pencalonan pusingan pertama akan ditutup pada Rabu, 4 Mei.

Ini adalah peluang kita – Mari tunjukkan kepada dunia apa anak muda Malaysia boleh buat!

Semoga berjaya!

DigitalChampions3