Kita sedang menyaksikan krisis kemanusiaan terbesar sejak Perang Dunia Kedua.

Setiap hari, berjuta kanak-kanak, kaum wanita dan lelaki, termasuk dari Yemen, Syria dan Palestin, membuat pilihan yang mustahil menempuhi kehidupan yang amat sukar kesan dari ancaman konflik yang makin berleluasa; dan bencana alam yang berlaku di merata tempat.

Adakah anda akan bersembunyi untuk selamat dari perang? Meninggalkan kesemuanya termasuk mereka yang anda sayangi?

Dengan keadaan banjir kilat yang sering terjadi sejak kebelakangan ini, apakah yang mampu anda selamatkan dan apa pula yang harus anda korbankan?

Jika segalanya musnah, adakah anda berasa wajar bagi seseorang anak itu untuk tidak meneruskan pendidikannya lalu membiarkan dirinya dikahwini semata-mata ingin melindunginya?

Fakta dan kebenaran yang perlu direnungkan:

  • Kehidupan 218 juta orang penduduk terjejas akibat berlakunya pelbagaimalapetaka setiap tahun.
  • Lebih daripada 60 juta orang terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka disebabkan ancaman berunsur keganasan dan penindasan.
  • 75 juta kanak-kanak dan golongan muda antara umur 3 hingga 18 tahun amat memerlukan pendidikan. Ini termasuk mereka yang dipaksa meninggalkan kawasan setempat dan tergolong dari anak-anak pelarian.

Dengan keperitan akibat penderitaan yang dirasai oleh berjuta-juta manusia setiap hari, para pemimpin kita harus mengutamakan soal kemanusiaan. Kita perlu memastikan mereka ikut dan turut serta dalam menyelaminya.

Pada 23 dan 24 Mei 2016, pemimpin-pemimpin dunia akan berkumpul di Istanbul untuk menghadiri World Humanitarian Summit yang buat pertama kalinya akan diadakan.

Sebagai warga sejagat, kita perlu menggesa pemimpin dunia untuk menggembleng tenaga demi mengurangkan penderitaan yang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Mereka perlu mencari jalan untuk mengenengahkan perkara berunsur kemanusiaan supaya kesukaran  memilih jalan untuk terus hidup yang dibelenggu oleh jutaan orang dapat dileraikan sama sekali.

Anda juga perlu memainkan peranan:

 

Pelajari tentang Ajenda Kemanusiaan.
Fahami 5 tanggungjawab utama.
WHSagenda

 

Sahut cabaran kemanusiaan.
Apakah pilihan yang sanggup anda buat?
WHSgame

 

Galakkan pemimpin anda untuk bertindak.
Tweet pemimpin anda sekarang:
WHStweetleaders

 

Bertindaklah sekarang. Jadi sebahagian dari penyelesaian. Bersama, kita harus mempertahankan soal kemanusiaan. Kuasa berada di dalam tangan kita semua.

#ShareHumanity