Diskriminasi merupakan pencabulan hak asasi manusia. Ia tidak bermoral, menyakitkan dan berperikemanusian. Namun, terlalu ramai kanak-kanak, wanita dan lelaki di seluruh dunia yang mendapat layanan tidak sama rata disebabkan bangsa, agama, kerakyatan, jantina, orientasi seksual, kecacatan mahupun usia mereka.

1Diskriminasi berakar dari ketakutan dan kejahilan.

Mitos, ketakutan, kejahilan dan prasangka memarakkan diskriminasi. Individu dan kelompok yang terdedah pada diskriminasi sering menjadi sasaran: golongan minoriti, kanak-kanak perempuan dan wanita, masyarakat pribumi, orang kurang upaya, pesakit HIV dan AIDS, LGBTIQ, pelarian, penghijrah dan penduduk tanpa dokumen. Ketaksuban yang menyuburkan stigma dan menyisihkan mereka boleh dieksploit oleh pelampau. Kita juga dapat menyaksikan kebangkitan politik xenofobia yang baharu di beberapa negara ketika ini.

2Diskriminasi menyakitkan. Kadangkala boleh membunuh.

Kanak-kanak dan keluarga yang mengalami diskriminasi sering terkeluar daripada pengkalan data dan diabaikan dalam penggubalan dasar dan pembangunan program. Terlindung daripada masyarakat, ada yang tidak memiliki sijil kelahiran. Ada yang tidak mendapat pendidikan, penjagaan kesihatan dan perlindungan. Apabila hak mereka dinafikan, peluang untuk mereka menikmati masa depan juga tipis.

Slide2

3Semua manusia dilahirkan bebas dan sama.

Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, diterima pakai pada 1948, mendukung bahawa semua manusia dilahirkan bebas dan sama rata; berhak mendapat kehidupan yang bermaruah. Namun, dipercayai bahawa Silinder Cyrus oleh Cyrus Agung dari Empayar Achaemenid Parsi (Iran purba) adalah rundingan hak asasi manusia yang pertama; sementara Pakatan Yang Mulia (Hilf-al-Fudul) yang dicapai oleh puak-puak Arab sekitar 590 T.M. merupakan salah satu perjanjian hak asasi manusia yang pertama.

4Nikmati kepelbagaian, hentikan diskriminasi.

Kita perlu terus menolak ketidaksamaan dan sikap tidak bertoleransi di mana sahaja, jika ingin menikmati dunia aman dan adil yang diimpikan. Satu daripada cara follow unicef malaysia melakunya ialah dengan memupuk rasa hormat agar anak kita belajar untuk saling menghormati.

Sejarah menunjukkan bahawa kemajuan untuk memperbaiki keadaan di dunia ini dipelopori oleh individu yang bersemangat, serta kumpulan yang menyokong visi dan strategi pemimpin sedemikian.

Tindakan seseorang, bersama dengan individu-individu lain yang berpengetahuan dan berfikiran serupa, akan mewujudkan kesedaran dan tindakan lalu membina seluruh pergerakan. Daripada tindakan inilah hadirnya perubahan sebenar. Mungkin andalah perubahan itu.