Tahun-tahun remaja bersama dengan geng kawan adalah masa yang cukup hebat! Sebagai remaja, ada juga yang mungkin mula berfikir tentang persahabatan romantis, atau ingin memulakan dating. Dan ada juga yang mungkin mencari cinta di internet. Tapi benar-benar sejauh manakah ini selamat?

SSS_heartUNICEF dan rakan kongsi kami – Digi, R.AGE dan WOMEN:girls akan mengadakan townhalls #SayaSayangSaya semasa cuti sekolah untuk remaja melepak dengan kami, chit chat dan mencari penyelesaian mengenai hubungan remaja yang sihat dan “online dating“. Apa yang selamat, dan apa yang tak selamat. Jom bersama ya!

Kelantan ditangguhkan akibat H5N1

Terengganu – Selasa, 21 Mac, 9:00 pg – 12:00 ptg
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)

Pahang – Khamis, 23 Mac, 9:00 pg – 12:00 ptg
Majlis Perbandaran Kuantan

Turut serta tahun ini, rakan-rakan kami dari Federation of Reproductive Health Associations of Malaysia dan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Polis Diraja Malaysia yang akan bersama untuk memberi pandangan pakar mereka.

LIVE di TWITTER 

Bagi mereka yang tidak dapat hadir, bolehlah menyertai townhall ini melalui tweetchat LIVE kami. Lawati UNICEF Twitter dan ikuti hashtag #SayaSayangSaya

Jom cepat mendaftar di http.bit.ly/sayang2017.  Kami tidak sabar-sabar untuk melihat anda tidak lama lagi!