#DidYouKnow

Sepuluh cara untuk hentikan buli

Ingat bahawa anda bukanlah masalahnya, tetapi si pembuli yang bermasalah.

 

1Bersama dengan rakan-rakan

Bersama dengan rakan-rakan semasa rehat, di taman permainan atau di dalam bas – di mana pembuli sering berada. Tawarkan untuk melakukan perkara yang sama untuk rakan-rakan.

 

2Elak daripada pembuli

Gunakan tandas yang berlainan sekiranya si pembuli berada berdekatan dan jangan pergi ke sesuatu tempat yang sunyi dan tiada orang. Pastikan anda bersama seseorang sekiranya anda tidak mampu mengelak daripada pembuli

 

3Abaikan si pembuli

Praktikkan cara untuk abaikan pernyataan yang menyakitkan. Dengan mengabaikan si pembuli, anda menunjukkan bahawa anda tidak peduli. Lama-kelamaan, si pembuli akan berasa bosan untuk mengganggu anda.

 

4Tahan kemarahan anda

Ianya adalah biasa untuk merasa sedih, takut atau menangis; namun, itulah apa yang disukai oleh para pembuli. Ia membuatkan pembuli berasa berkuasa dan hebat. Oleh itu, elakkan daripada menunjukkan emosi anda seboleh yang mungkin.

 

5Beranikan diri

Tegaskan kepada pembuli untuk berhenti membuli. Buktikan pada mereka bahawa anda mampu menjadi kuat dan elak daripada situasi yang buruk.

 

6Jangan berahsia

Adukan pada orang yang dipercayai, seperti ibubapa, kaunselor, guru, pakcik atau makcik atau kakak dan abang. Ia akan membuatkan anda berasa kurang sepi…dan akan mendapat bantuan.

 

7Bersekutu dengan yang lain

Jangan berahsia sekiranya anda mendapati pembulian berlaku. Bertindak dan adukan pada orang dewasa yang boleh dipercayai demi mangsa buli; – guru, pengetua dan ibu bapa boleh membantu untuk menghentikan pembulian.

 

8Jangan membuli orang lain

Kadangkala, kita mungkin melakukan atau mengatakan perkara yang tidak elok untuk menyakiti orang lain. Perbetulkan keadaan dan minta maaf sekiranya hal ini berlaku.

 

9Ubah keadaan

Tubuhkan satu kumpulan untuk memeriksa kawasan di mana pembulian sering berlaku. Bentuk juga satu kumpulan penyokong untuk orang yang pernah menjadi mangsa buli; dan bantu bercakap bagi pihak mereka.

 

10Hargai diri sendiri

Dibuli boleh membuat anda berasa teruk, namun sentiasa ingat bahawa anda adalah hebat sebagai diri anda.

Ingat, kes-kes buli boleh dihentikan sekiranya lebih ramai daripada kita bekerjasama membanteras pembulian.

Share pendapat anda di kotak komen di bawah! 

Tags
Show More

Bunny Wira

champion for children, hero in disguise. I love kangkung!

10
Leave a Reply

avatar
8 Comment threads
2 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
7 Comment authors
Hazeem ShahmiCameronatmomY2mateW658RodneysssTraipBunny Wira Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Amira Nadia
Guest
Amira Nadia

Esok saya masuk asrama and sekolah baru
Saya takut
Saya ada penyakit thalassemia dan baru lepas operate
Doakan saya

Bunny Wira
Guest
Bunny Wira

Harap adik OK now.

ariq si kepala barua
Guest
ariq si kepala barua

kami pe;ajar pelajar maktab rendah sains mara gerik perak bukit nasah…..kami ditugaskan oleh guru kami untuk mencari bahan di internet tentang isu buli…..terima kasih kerana telah membantu kami untuk mendapatkan maklumat…..nama kami dzaidynn asroun merangkap bwp presiden ldp dan vice pres 1 bwp mrsm gerik…..

Bunny Wira
Guest
Bunny Wira

Ohsem. Glad kami dapat tolong. Mungkin panduan ni will also help: https://children4change.unicef.my/wp-content/uploads/WCD2018-Kindness-Teachers-Toolkit-BM.pdf

Richardguarm
Guest
Richardguarm

Report online abuse, online violence and online gambling to MCMC. https://www.mcmc.gov.my/en/make-a-complaint/make-a-complaint

melodyxz4
Guest
melodyxz4

Report bullying, violence and exploitation. Call 15999.

RodneysssTraip
Guest
RodneysssTraip

Wonderful items from you, man. I use consider your things previous to and if you’re just too wonderful. I actually like what an individual have acquired here, definitely like what you usually are saying and the approach during which you state it. You’re which makes it enjoyable and you carry on and manage to stay it smart. I cant wait to find out much more from a person. That is actually a new terrific web site.

Y2mateW658
Guest
Y2mateW658

Hi folks, just came across your website, really like your works!

Cameronatmom
Guest
Cameronatmom

Hello to all
In this baffling time, I love you all
Rise your one’s nearest and friends

Hazeem Shahmi
Guest
Hazeem Shahmi

Says selalu kena buli hantar pinggan,basuh baju,iron Baku.Senior selalu buli saya……pastu main ugut……doakan saya

Related Articles

Back to top button
Close