Malangnya, kanak-kanak perempuan tidak sentiasa diberi peluang yang sama seperti kanak-kanak lelaki.

Pernahkah anda tidak dibenarkan melakukan sesuatu hanya kerana anda “perempuan”? Pernahkah anda berasa kecewa apabila pendapat anda diperlekehkan atau tidak diterima sama sekali kerana anda “seorang perempuan”? Adakah anda berasa kurang yakin untuk menampilkan imej serta berpakaian bersesuaian dengan jantina anda? Adakah anda berasa terkongkong dan merasakan budak perempuan hanya boleh bermain dengan anak patung dan melakukan benda-benda yang hanya bersifat keperempuanan?

Kecewa tak? Ini memang tak adil!

Walaupun perempuan, kita berpeluang menyumbang ke arah kebaikkan dunia ini. Kita bukan sahaja pintar dan berani malah kreatif dan boleh membela sesama sendiri. Di bawah ini terdapat lima kata-kata yang kami petik khas untuk meraikan anda di Hari Wanita Sedunia pada kali ini. Anda perlu yakin dan percaya kepada diri sendiri demi apa sahaja yang ingin dikecapi. Berani untuk melalukan apa sahaja!

1Anda amat istimewa!

C4C-IWD2017-1

2Kecantikan sebenar datang dari keberanian sejati.

C4C-IWD2017-2

3Jangan khuatir untuk bersuara.

C4C-IWD2017-3

4Terus berjaya, berani, berdikari dan berwibawa!

C4C-IWD2017-4

5Tunggu dan lihatlah kejayaan saya.

C4C-IWD2017-5

Kuasailah hari ini untuk diri anda, adikku! Peluang untuk menjadi versi terbaik dirimu bermula sekarang. Positifkan dunia!

P/S— Diantara lima kenyataan yang dipetik diatas, yang mana satu yang anda paling gemari? Kongsikan dengan kami!