“Jika diberi peluang, kanak-kanak boleh menjadi agen perubahan positif dan mewujudkan penyelesaian inovatif kepada isu-isu yang memberi kesan kepada mereka.”
– Marianne Clark-Hattingh, Wakil UNICEF ke Malaysia

Young Changemakers 2016 sedang mencari tokoh kanak-kanak tak dicanang di Malaysia supaya kita boleh menghormati dan meraikan keberanian, daya tahan dan komitmen mereka untuk membuat dunia kita tempat yang lebih baik.

Jadi, jika anda tahu mana-mana kanak-kanak yang luar biasa, dan yang sesuai dengan kriteria berikut, sila calonkan mereka untuk “Anugerah Young Changemakers 2016.” Kenalilah finalis Young Changemakers 2015 untuk mendapatkan idea-idea dan inspirasi.

Pemenang tahun 2016 akan menerima Anugerah Young Changemakers sempena Hari Kanak-kanak Sedunia pada bulan November.

Kriteria Calonan

Sekolah-sekolah dan pihak individu boleh mencalonkan kanak-kanak yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

Umur
Berusia di antara 6 hingga 15 tahun

Impak Sosial

  • Alam Sekitar
  • Cabaran Hidup
  • Kemahiran (Akademik, Sukan, Seni, atau, Rekacipta)
  • Kemasyarakatan

Sila gunakan borang yang disediakan untuk membuat pencalonan anda:

Tempoh Pencalonan
1 July – 30 September 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Abby Latiff | abbylatiff@womengirls.org | 03-2106 8677

Program Young Changemakers 2016 dianjurkan oleh Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis – WOMEN:girls dengan kerjasama Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun (PKKTB), Digi dan UNICEF Malaysia; dan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia.