Hentikan gejala buli di sekolah

Jadikan suara dan cerita anda sebagai pencetus perubahan dunia.

Kepada semua agen pengubah dunia/murid-murid sekolah menengah di Malaysia: Adakah anda mempunyai idea untuk menangani masalah buli? Adakah anda mahu idea anda didengari? Anda mungkin orang yang kami cari!

Sempena ulang tahun ke-30 Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak dan pelancaran Manifesto Belia #ENDviolence tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia, Project ID, dan UNICEF menganjurkan program khas #KidsTakeover untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk bersuara dan menjadi agen pengubah.

Jadi, apa tunggu lagi? Hantarkan borang permohonan anda sekarang!

3 PERKARA TENTANG GEJALA BULI DI MALAYSIA

  • 83% kanak-kanak menyatakan kes buli berlaku di sekolah.
  • 75% kanak-kanak mempunyai perasaan negatif seperti sedih dan marah apabila dibuli atau melihat orang lain dibuli.
  • 67% kanak-kanak mahu polisi anti buli sekolah untuk rasa selamat.

Sumber: “Children4Change Survey 2018:
Bullying Experiences amongst Children & Adolescent in Malaysia”

BUTIRAN PROGRAM

Lightbulb

Kem Remaja
#ENDviolence

Cetuskan idea
anda!

1-3 Oktober 2019
Kem 3H/2M
Selangor

40 orang murid
akan dipilih

bee

Kem Remaja
#CRC30

Ganding, gabung dan perkukuhkan pendapat anda

18-19 November 2019
Kem 2H/1M
Kuala Lumpur

15 orang murid dari Kem #ENDviolence

speaker

Kem Remaja
#CRC30

Pendapat anda amat bermakna. Suarakan!

20 November 2019
Hari Kanak-Kanak
Kuala Lumpur

15 orang murid dari Kem #CRC30

5 SEBAB ANDA PERLU MENGAMBIL BAHAGIAN

  • Bentangkan idea dan inovasi anda untuk membuat perubahan di sekolah!
  • Meluaskan cita-cita untuk #ENDviolence dan menjadikan sekolah tempat yang selamat.
  • Belajar dan faham cara mengatasi gejala buli di sekolah.
  • Meningkatkan kemahiran komunikasi, pemikiran kritikal dan kreativiti.
  • Terima sijil peringkat kebangsaan untuk disertakan dalam resume.

KRITERIA PEMOHON

Anda digalakkan untuk memohon, jika:

  • Anda berumur 13-17 tahun
  • Anda adalah murid sekolah menengah di Malaysia
  • Anda adalah murid yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti menangani gejala buli di sekolah
  • Anda boleh menulis dan bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu

CARA MEMOHON

cipta

Cari inspirasi, pilih topik buat penyelidikan dan hasilkan video ATAU esei yang terbaik!

lengkap

Anda perlu melengkapkan borang permohonan dan menghantar esei atau link video.

hantar

Pastikan anda tekan butang ‘hantar’ untuk borang anda diterima dan layak untuk dipilih.

Pastikan semua borang lengkap, ditandatangan dan dihantar bersama borang kebenaran ibu bapa dan sekolah.

Tarikh tutup permohonan : 8 September 2019

KANDUNGAN KREATIF

Video atau esei anda perlu:

1. Menerangkan bagaimana buli memberi kesan dalam hidup anda; sebagai mangsa, pemerhati atau pembuli
2. Beritahu kenapa penting untuk anda menyertai program #ENDviolence ini untuk menghentikan masalah buli di sekolah
3. Cadangkan satu idea yang murid murid dan guru boleh buat untuk menangani masalah buli di sekolah

PEMILIHAN PENYERTAAN

Peserta akan dipilih berdasarkan kriteria tersebut:

1. Idea yang praktikal dan kreatif (esei atau video)
2. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum
3. Minat yang tinggi untuk menghentikan gejala buli

MAKLUMAT PENTING

  • 1. Kalau menyediakan Video


    Anda perlu menghasilkan video yang tidak melebihi 90 saat dalam satu fail, beresolusi tinggi (1280×720).
    Anda tidak boleh menggunakan sebarang gambar, kandungan dan muzik yang berhak cipta.
    Video yang lengkap perlu dimuatnaik di YouTube dan link video tersebut disertakan di borang permohanan.
    Selain YouTube, anda juga boleh memuat naik video di mana-mana medium (Facebook, Vimeo dan sebagainya).
    Pastikan video itu boleh diakses oleh pihak urusetia.

  • 2. Kalau menyediakan esei


    Jumlah minimum perkataan: 200 patah perkataan.
    Jumlah maksimum perkataan: 500 patah perkataan.

  • 3. Borang permohonan mestilah dihantar bersama :


    Borang kebenaran permohonan ibu bapa (downloadable).
    Borang kebenaran permohonan sekolah (downloadable).

  • 4. Pemilihan video dan hak penggunaan


    Kanak-kanak mempunyai hak ke atas penyertaan mereka, tetapi UNICEF dan Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mengguna semula, mencetak dan mempamerkan penyertaan yang terpilih untuk tujuan komunikasi dan sokongan.

  • 5. Syarat-syarat penyertaan


    Video atau esei perlulah original dan kreatif. Video tidak boleh menggunakan sebarang bahan-bahan berhak cipta tanpa kebenaran pemilik. Video yang menggunakan bahan tersebut tidak layak untuk penyertaan.

  • 6. Umum


    UNICEF dan Kementerian Pendidikan Malaysia boleh membatalkan kelayakan penyertaan yang mengandungi unsur-unsur lucah, rasis dan yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

  • 7. Penerimaan syarat peraturan


    Dengan menghantar permohonan penyertaan anda, anda perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

  • 8. Pertanyaan


    Sebarang soalan boleh diajukan kepada pihak urusetia, rasatiqah@project-id.org atau chiewteng.ang@project-id.org ATAU hubungi di talian +6011-56339902

PENGANJUR:

KPM
unicef