Kehidupan di dunia ini tidak selalunya adil, tidak sama dan tidak terkecuali. Walaubagaimanapun, di UNICEF, kami yakin bahawa remaja seperti anda boleh menjadi pemangkin kepada sesuatu perubahan sosial apabila diberikan peluang dan inspirasi.

Teknologi, sains dan budaya membolehkan orang muda seperti anda untuk membantu kami dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan sosial yang sedang berlaku. Golongan muda kini makin giat mencipta aplikasi moden, menceburi bidang perniagaan, mengutip dana untuk badan-badan NGO serta mencipta teknologi terkini untuk kesejahteraan hidup golongan kurang berkemampuan.

Inovasi sosial ialah ‘amalan menggunakan kreativiti untuk menghasilkan penyelesaian yang akan meningkatkan kesejahteraan orang ramai dan masyarakat’.

Oleh itu, jika anda mempunyai idea-idea yang bernas, berumur antara 15 dan 24 tahun dan ingin melalukan sesuatu yang positif demi merubah kehidupan seseorang kanak-kanak, inilah peluang anda.

Tema Cabaran Innovasi

UNICEF Youth Innovation Challenge menjemput golongan muda segenap Asia Pasifik, termasuk Malaysia untuk berkongsi idea-idea anda bagi mana-mana isu bertema seperti berikut:

1. Menamatkan Keganasan Terhadap Kanak-kanak – Pembulian 

  • Bagaimana cara untuk guru dan pelajar lebih bersedia apabila berdepan dengan masalah pembulian di dalam bilik-bilik darjah mereka atau di perkarangan sekolah?
  • Bagaimana cara pihak sekolah dan golongan muda boleh menghentikan aktiviti pembulian di media sosial?

2. Perlindungan Kesihatan Sejagat 

  • Bagaimana cara untuk menggalakkan pihak keluarga berkongsi maklum balas dan pendapat tentang kualiti perkhidmatan kesihatan yang mereka terima?

3. Perlindungan Sosial: Melabur dalam Pembangunan Mental dan Emosi (Kognitif) Kanak-kanak

  • Bagaimana kita boleh memperkenalkan pihak keluarga kepada rangkaian sokongan dan perkhidmatan awal kanak-kanak yang sedia ada dalam masyarakat mereka untuk memastikan bahawa semua kanak-kanak mempunyai permulaan yang terbaik dalam hidup?

Ganjaran yang menunggu anda!
1. Anda dapat belajar dari sessi latihan online dan pementoran.
2. Perserta yang layak akan disenerai untuk menghadiri Kem Inovasi (Bootcamp) bersama changemakers dari seluruh rantau Asia Pasifik. Kem ini dibiayai sepenuhnya oleh UNICEF dan akan dijayakan di Kuala Lumpur, Malaysia.
3. Idea-idea terbaik dari Kem Inovasi ini akan dibentangi kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan semasa Mesyuarat Tertinggi Ke-3 Asia Pasifik tentang Hak Kanak-kanak (HLM3).
4. Pemenang akan menerima wang pendahuluan untuk membantu mereka dalam melaksanakan apa yang mereka syorkan di negara sendiri dengan melalui program pementoran selanjutnya.

Tarikh tutup
4 September 2016

Mesyuarat Tertinggi Hak Kanak-Kanak
Youth Innovation Challenge ini dianjurkan sempena Mesyuarat Tertinggi Ke-3 Asia Pasifik tentang Hak Kanak-kanak (HLM3) yang membawa tema: “A Billion Brains—Smarter Children, Healthier Economies”. Kerajaan Malaysia adalah hos kepada mesyuarat yang menemukan 160 orang wakil kanan ini di Kuala Lumpur dari 2-8 November 2016.

Kami berharap agar Innovation Challenge ini akan memberi inspirasi kepada anda untuk sama-sama berusaha demi kehidupan masyarakat yang lebih prihatin, adil dan saksama. Ini adalah peluang anda. Kami membuka peluang kepada semua belia di Malaysia untuk sebarang idea anda.

Maklumat Lanjut