Setiap kanak-kanak dan remaja berhak untuk menikmati keamanan, penghormatan, kesamarataan dan kebebasan bersuara.
Bersempena dengan Hari Kanak-kanak Sedunia, UNICEF menawarkan peluang untuk anda untuk menyuarakan dan meraikan hak kanak-kanak dan remaja melalui pertandingan visual kreatif Picture My Rights dengan tema #ForEveryChild (untuk setiap kanak-kanak).
Anda bebas untuk menghantar foto, ilustrasi digital ataupun doodle yang menceritakan mengenai apa yang diperlukan oleh remaja dan kanak-kanak untuk menikmati hidup yang bahagia dan gembira!

Testing

CARA-CARA MENYERTAI

Jika anda berusia di antara 13 hingga 17 tahun dan menetap di Malaysia, anda layak untuk menyertai pertandingan ini dengan mengikuti 4 langkah mudah di bawah.

plane
ico01

Hasilkan karya anda

Ambil foto, hasilkan ilustrasi digital atau doodle dengan bertemakan ‘For Every Child’ (Untuk Setiap Kanak-kanak).

caption

Lengkapkan keterangan (caption)

Tuliskan keterangan di dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris dengan tidak melebihi 30 patah perkataan pada setiap karya anda. Keterangan anda haruslah bermula dengan “Untuk setiap kanak-kanak…”.

ico03

Muat naik ke Instagram

Muat naik penyertaan anda berserta keterangan di Instagram dan pastikan anda tag @unicefmalaysia termasuk tanda pagar #foreverychild #picturemyrights #children4change.

Tarikh tutup penyertaan 17 Disember 2017

Dengan menyertai pertandingan ini, anda dianggap bersetuju dengan Terma & Syarat yang ditetapkan.

**Jika anda menetapkan Instagram anda kepada mod private, sila mesej terus penyertaan anda ke akaun Instagram UNICEF Malaysia.

creativ

TEMA | UNTUK SETIAP KANAK-KANAK

Setiap kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun adalah dilindungi dengan hak-hak istimewa bermula semenjak mereka dilahirkan. Hak-hak ini adalah perkara asas yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang baik.

Setiap kanak-kanak, tanpa mengira jantina, etnik, agama, bahasa, keupayaan atau latar belakang keluarga, mempunyai hak untuk hidup gembira, sihat, berpendidikan, dilindungi dan disayangi.

Ketahui hak-hak anda di sini dan dapatkan inspirasi kreatif untuk karya anda!

HADIAH-HADIAH

Lima hadiah terbaik :

Tablet iPad

Satu hadiah undian popular :

Kamera digital

Dua puluh lima hadiah saguhati :

Baucer RM100

Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar dan tiada alternatif tunai akan ditawarkan.

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada bulan November bersempena dengan Hari Kanak-kanak Sedunia.
Pemenang hadiah utama serta lima (5) pemenang terbaik, bersama-sama ibu bapa atau penjaga yang sah, akan disediakan penginapan dan pengangkutan ke majlis penyampaian hadiah.

KRITERIA PEMARKAHAN

Pemenang hadiah utama, lima pemenang terbaik dan 25 pemenang hadiah saguhati
Penyertaan akan diadili berdasarkan keaslian, daya tarikan visual, kreativiti, keterangan (caption), impak emosi serta kesesuaian dengan tema yang diberikan.

Pemenang undian popular
Penyertaaan akan diadili berdasarkan jumlah ‘Like’ yang diterima di Instagram.

Pemenang akan dihubungi dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup penyertaan.

Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

PENAJA

Terima kasih kepada rakan-rakan penaja kami kerana menyokong Picture My Rights

sponsor