#ForEveryChild

Share a picture on what matters For Every Child to be awesome, and you stand a chance to win the grand prize: a holiday for four to Cambodia!

SOALAN KERAP DITANYA

Kami telah mengumpul senarai soalan dan jawapan lazim yang mungkin berguna untuk anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan yang tiada dalam senarai ini, sila e-melkan kepada kami di picturemyrights@gmail.com

Bagaimana Maklumat Anda Digunakan

Anda perlu mengisi borang pendaftaran untuk menyertai pertandingan ini. Anda akan diminta untuk memberikan maklumat peribadi anda seperti berikut:

  • Name & nama keluarga: Ianya untuk memudahkan kami mengenal pasti anda jika berlaku sebarang masalah serta untuk tujuan pengesahan jika penyertaan anda terpilih di dalam tiga puluh penyertaan teratas.
  • Tarikh lahir: Ini untuk memboleh sistem kami menilai kelayakan umur anda untuk menyertai pertandingan ini.
  • Nama ibu bapa atau penjaga, MyKad/pasport, emel dan nombor telefon:
    Oleh kerana anda masih di bawah 18 tahun, undang-undang menetapkan kami untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga yang sah untuk membolehkan anda menerima hadiah sebagai pemenang secara rasmi dan sah, dan berkongsi maklumat peribadi anda seperti nama penuh dan tarikh lahir. Nombor MyKad atau pasport ibu bapa atau penjaga yang sah akan adalah bagi tujuan pengesahan. Emel dan nombor telefon ibu bapa atau penjaga yang sah adalah untuk menghubungi anda berkenaan majlis penyampaian hadiah pertandingan Picture My Rights.
  • Kami tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada sesiapa melainkan sekiranya anda adalah salah seorang pemenang (lihat di bawah).
  • Data ini disimpan di dalam pelayan(server) berkunci.
  • Kami tidak akan menggunakan data anda untuk tujuan pemasaran.

Pemenang Hadiah Utama dan Lima Pemenang Terbaik

Sebarang penyertaan yang telah sah terpilih sebagai salah satu pemenang hadiah terbaik, hadiah utama atau pemenang undian popular akan disiarkan nama, umur dan negeri asal mereka di dalam siaran akhbar yang mempromosikan pertandingan ini dan akan kemudiannya akan digunakan di internet, akhbar dan majalah. Nama dan umur anda turut akan disiarkan bersama penyertaan anda di laman web dan media sosial UNICEF. Tiada alamat, alamat emel atau tarikh lahir yang akan didedahkan kepada mana-mana pihak tanpa berhubung dengan ibu bapa/penjaga anda terlebih dahulu.

Siapakah yang layak menyertai pertandingan Picture My Rights?
Mereka yang berusia di antara 13 hingga 17 tahun pada 30 November 2017 dan menetap di Malaysia.

Adakah pertandingan ini dikenakan sebarang bayaran?
Tidak, pertandingan ini adalah percuma. Namun, jika anda terpilih dan dijemput ke upacara penyampaian hadiah, kami tidak akan menannggung kos perjalanan anda. Hanya pemenang hadiah utama dan lima pemenang terbaik berserta ibu bapa/penjaga mereka sahaja yang akan ditanggung kos perjalanan.

Jika saya ingin menghantar foto, bolehkah saya menyunting imej tersebut menggunakan perisian fotografi?
Hanya foto yang menggambarkan situasi sebenar yang kami mahukan. Anda dinasihatkan untuk tidak membuang atau menambah sebarang elemen ke atas foto asal. Anda boleh menggunakan tetapan warna dan kontras untuk menjadikan imej anda lebih baik atau membuang titik habuk pada foto yang terjadi tanpa sengaja. Anda juga boleh mengubah warna foto anda kepada hitam-putih namun anda dilarang untuk menambah warna baru atau mengubahnya secara keterlaluan. Jika panel juri mendapati sebarang imej telah dimanipulasi, peserta akan dibatalkan penyertaannya.

Bolehkan saya menambah imej montaj atau komposit?
Maaf. Imej montaj atau komposit, yang menggunakan lebih daripada satu imej asal tidak benarkan. Ini termasuklah imej yang diambil pada masa yang berlainan dan digabungkan. Walau bagaimanapun, penggunaan dedahan berbilang (multi exposure) pada kamera dibenarkan.

Berapa banyak kah foto, ilustrasi digital atau doodle yang saya boleh hantar?
Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda mahu, namun hanya satu sahaja penyertaan dari anda yang boleh memenangi pertandingan ini.

Berapakah had saiz imej yang dibenarkan untuk setiap penyertaan?
Dalam borang penyertaan, anda akan diminta untuk menghantar imej beresolusi tinggi di dalam format JPG/JPGS untuk setiap penyertaan. Saiz yang dperlukan adalah tidak kurang daripada 2MB dan tidak melebihi 5MB. Anda dinasihatkan untuk tidak terlalu memotong imej anda dan jika imej anda melebihi 5MB, sila kurangkan saiz fail imej anda terlebih dahulu. Kami memerlukan imej anda untuk dicetak pada platform yang besar jika anda memenangi pertandingan ini, jika anda ingin menghantar foto, pastikan anda menggunakan sekurang-kurangnya kamera 5 mega piksel, dan simpan ke dalam format JPEG pada saiz terbesar.

Bagaimana dengan penyertaan yang tidak menang?
UNICEF Malaysia akan menyimpan kesemua penyertaan dan akan mempertimbangkan untuk digunakan di dalam komunikasi digital dan cetak bagi mempromosi hak kanak-kanak, termasuk hak untuk mengambil bahagian!

Saya menetap di luar Malaysia. Bolehkah saya menyertai pertandingan ini?
Maaf. Penyertaan ini hanya terbuka untuk kanak-kanak yang menetap di Malaysia sahaja.

Bolehkan saya mengubah penyertaan saya selepas menghantar?
Maaf. Anda tidak dibenarkan melakukan sebarang perubahan selepas penyertaan dihantar.

Bilakah tarikh tutup penyertaan?
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Disember 2017. Sebarang penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

Bila pemenang akan dihubungi?
Pemenang akan dihubungi dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup penyertaan.

Bagaimanakah pemenang hadiah utama, lima pemenang terbaik dan pemenang undian popular akan diketahui?
Pemenang bagi hadiah utama, lima pemenang terbaik dan pemenang undian popular akan diumumkan pada pertengahan November 2017 di laman web Picture My Rights, juga di laman Instagram, Facebook & Twitter UNICEF Malaysia.

Saya cuba menghantar penyertaan, namun ditolak kerana melebihi had umur.
Maaf, jika anda berusia 18 tahun atau lebih pada 30 November 2017, anda tidak layak menyertai.

Adakah sebarang syarat pada tarikh sesuatu penyertaan dihasilkan?
Tiada sebarang syarat pada tarikh foto, ilustrasi digital atau doodle dihasilkan.

Bolehkan saya memaparkan nama atau logo saya pada gambar?
Imej mestilah bebas daripada sebarang logo, tanda, nama atau tanda bingkai.

Kenapa saya perlu mendapatkan ‘model release’ untuk penyertaan saya?
Kanak-kanak dan remaja mempunyai kesemua hak-hak seperti orang dewasa dan mereka berhak dilindungi daripada sebarang kemudaratan. Disebabkan beberapa keadaan yang tidak dapat dikawal, kanak-kanak lebih berisiko untuk disakiti, didiskriminasi dan dikecam. Oleh kerana kami tidak boleh bertolak ansur jika hak kami dicabuli, kami juga perlu memastikan hak-hak orang lain juga turut dihormati. Justeru, kami menasihatkan anda untuk sentiasa berhati-hati di dalam menghasilkan karya foto anda agar kehormatan dan hak setiap kanak-kanak dihormati dalam apa jua keadaan. Contoh kanak-kanak yang berisiko terhadap implikasi negatif dan kecaman masyarakat adalah: kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak yang menghidap HIV/AIDS, mangsa penderaan seksual, kanak-kanak pelarian, dll.

Jika penyertaan anda memaparkan kanak-kanak berisiko, anda dinasihatkan untuk memaparkan kisah mereka di dalam konteks yang tepat dan mendapatkan kebenaran bertulis daripada kanak-kanak tersebut sebelum dipamerkan. Kebenaran ini disebut sebagai ‘model release’.

‘Model release’ ini akan memastikan kanak-kanak yang dipamerkan dalam foto anda menyedari akan risiko-risiko dan membenarkan gambar mereka dirakam. Ini juga untuk memastikan anda tidak akan berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya mereka ingin mencabar ketepatan foto tersebut. Jika kanak-kanak tersebut di bawah usia 18 tahun, tandatangan ibu bapa atau penjaga mereka yang sah turut diperlukan di dalam kebenaran tersebut.

Perlukah saya memuat naik ‘model release’ bersama dengan penyertaan saya?
Anda tidak perlu memuat naik sebarang notis ‘model release’ untuk penyertaan anda.

Back to top button
Close