#ForEveryChild

Kongsikan gambar menarik tentang apa yang anda rasakan berhak dinikmati oleh setiap kanak-kanak dan anda berpeluang memenangi hadiah utama: empat tiket penerbangan ke Kemboja.

TERMA & SYARAT

Pastikan anda membaca dan memahami terma dan syarat di bawah sebelum menyertai pertandingan ini:

Kelayakan

  • Anda layak menyertai pertandingan ini jika anda berusia di antara 13 ke 17 tahun (pada waktu penyertaan) dan menetap di Malaysia.

Tempoh penyertaan

  • 25 September – 17 Disember 2017

Cara-cara penyertaan

  • Sila rujuk “Cara-cara Menyertai” untuk info tentang cara menyertai pertandingan ini
  • Jika akaun Instagram anda dalam mod ‘Private’, sila mesej terus (DM) penyertaan anda ke akaun Instagram UNICEF Malaysia.
  • Penyertaan adalah percuma. Tiada pembelian produk atau yuran penyertaan dikenakan untuk menyertai pertandingan ini.
  • Anda perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk menyertai pertandingan ini.
  • Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Setiap penyertaan mestilah merupakan karya asal.
  • Lengkapkan borang penyertaan. Pastikan anda mengisi nama penuh seperti di dalam MyKad, tarikh lahir, no. MyKad/Pasport, emel dan no. telefon ibu bapa atau penjaga.

Kandungan

Syarat-syarat Penyertaan

  • Penyertaan dengan foto, ilustrasi digital atau doodle yang tidak mengikut tema atau tanpa keterangan (caption) akan dibatalkan. Sila rujuk “Cara-cara Menyertai” untuk terma dan syarat lanjut.
  • Setiap penyertaan mestilah merupakan karya asal anda. Penyertaan yang menggunakan karya orang lain tidak dibenarkan dan akan dibatalkan.
  • Jika anda ingin menyertai kategori fotografi,
    • Setiap foto mestilah diambil di Malaysia.
    • Penyuntingan asas seperti colour enhancement, penggunaan filter dan cropping adalah dibenarkan asalkan ianya tidak mengubah keaslian foto. Manipulasi foto untuk tujuan menipu seperti mencipta ilusi, penambahan dan pemotongan elemen-elemen di dalam foto adalah dilarang sama sekali.
    • Anda mengesahkan bahawa anda telah mendapat kebenaran daripada setiap individu yang dipaparkan di dalam foto anda.
  • Penyertaan dengan foto, ilustrasi digital atau doodle yang pernah menyertai mana-mana pertandingan sebelum ini akan dibatalkan.
  • Penyertaan yang mengandungi unsur-unsur lucah, keganasan, seruan dan hasutan kepada keganasan serta promosi komersial akan dibatalkan.
  • UNICEF dan rakan pertandingan kami berhak untuk meneliti dan memeriksa setiap kandungan imej. Foto dengan kandungan yang tidak bersesuaian akan dibatalkan penyertaan.

Pemarkahan, Hadiah dan Pameran

  • Sebanyak tiga puluh dua (32) penyertaan akan dipilih ke peringkat akhir pemarkahan. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
  • Pemenang undian popular akan dipilih berdasarkan penyertaan dengan jumlah ‘Like’ terbanyak di Instagram pada  17 Disember 2017.
  • Pemenang yang disenarai pendekkan akan dihubungi melalui sistem mesej terus di Instagram (Direct Message)
  • Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar dan tiada alternatif tunai akan ditawarkan. Sekiranya hadiah atau sebahagian daripanya tidak dapat disediakan, Penaja Pertandingan, dengan budi bicara, berhak untuk menukar hadiah tersebut kepada hadiah lain yang sama atau lebih tinggi nilai dan/atau spesifikasinya.

Hakcipta

  • Anda memegang hakcipta bagi setiap karya foto, ilustrasi digital atau doodle yang dihantar untuk pertandingan ini.
  • Dengan menggunakan tag pertandingan (@unicefmalaysia, #foreverychild, #picturemyrights dan #children4change), dan seterusnya menyertai pertandingan ini, anda dianggap telah memberikan UNICEF lesen berterusan dan tidak boleh ditarik balik untuk menggunakan karya anda di dalam mana-mana penerbitan cetak atau digital di serata dunia yang bertujuan untuk mempromosi hak kanak-kanak; termasuklah bahan komunikasi, promosi dan publisiti yang berkaitan dengan pertandingan ini. UNICEF akan memberikan kredit kepada anda melalui setiap karya anda yang dipamerkan.
  • Sekiranya penyertaan anda memaparkan imej kanak-kanak yang sedang menderita, didiskriminasi atau dikecam (cth. kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak yang dijangkiti HIV/AIDS, mangsa penderaan seksual, pelarian. dll), anda dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran bertulis daripada individu terbabit. Kebenaran ini dikenali sebagai ‘model release’. Sila rujuk FAQ kami untuk mengetahui mengapa anda dinasihatkan untuk mendapatkan ‘model release’.

Privasi

  • Sila dapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk menyertai pertandingan ini dan SEBELUM anda memberikan maklumat peribadi anda kepada UNICEF. Ini adalah seperti yang termaktub di dalam undang-undang.
  • Jika anda tidak pasti dengan mana-mana bahagian di dalam terma dan syarat ini, sila dapatkan panduan daripada ibu bapa atau penjaga anda.
  • Dengan menyertai pertandingan ini, ibu bapa dan penjaga anda yang sah bersetuju bahawa, UNICEF hanya akan menggunakan serta memberikan nama dan maklumat anda, kepada pihak ketiga, bagi tujuan mempromosikan pertandingan ini. UNICEF akan memohon kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga yang sah terlebih dahulu sebelum mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga (pengurusan media dan pameran).
  • Oleh kerana anda masih di bawah 18 tahun, undang-undang menetapkan kami untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga yang sah untuk membolehkan anda menerima hadiah sebagai pemenang secara rasmi dan sah. Sebarang maklumat yang dikongsi oleh ibu bapa anda adalah untuk tujuan pertandingan ini sahaja; dan tidak akan dikongsi dengan piihak ketiga.

UNICEF dengan budi bicara berhak untuk mengubah, menggantung atau membatalkan pertandingan ini atas apa jua alasan.

Back to top button
Close